Sunday, April 3, 2011

cream puff

Bahan-bahan
1 cawan (250ml) air
½ cawan (75 gm) tepung halus (superfine)
½ cawan (75gm) tepung gandum biasa (serbaguna)
½ cawan (100gm) marjerin
3 biji telur
1 sudu besar gula

Cara membuat

  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
  2. Satukan marjerin dan air dalam periuk. Panaskan sehingga marjerin cair.
  3. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
  4. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.]
  6. Renjiskan di atas choux pastry yang telah dipaip dengan sedikit air.
  7. Masukkan dalam oven selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada 190 darjah C dan teruskan membakar selama 15 minit lag atau sehingga keperangan.
  8. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing..

Krim pastri
Bahan-bahan
2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat

1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga likat.
 
ps: cream puff ni menjadi...sedap sgt...
kredit to mrs honeyben yang meneruja kan penulis cuba resipi ni..
xlupa gak chef azli :p

No comments:

Post a Comment